Sebagai satu usaha untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tahun 6 sekolah-sekolah Zon Setiu Timur dalam UPSR 2010 ini, satu pendekatan telah dipersetujui untuk memberikan pengukuhan yang sebaik-baiknya kepada murid-murid yang berpotensi untuk mendapat 5A, memandangkan bahawa murid-murid Zon Timur ini juga berperanan penting dalam menjana keputusan yang baik untuk UPSR daerah Setiu. Antara program yang akan dilaksanakan adalah Kem Mata Pelajaran untuk murid-murid target. Sebanyak 8 siri kem akan diadakan sehingga bulan Ogos.
Kem pertama adalah untuk mata pelajaran Matematik dan akan diadakan pada 8 Mei 2010 bertempat di SK Sungai Tong, bermula jam 8:00 pagi dan berakhir 5:00 petang. Sekolah-sekolah zon Timur diminta menyerahkan senarai nama murid-murid target 5A sekolah masing-masing serta markah OTI 1 kepada Guru Besar SK Sungai Tong. Semoga usaha ini akan memberikan kesan berganda kepada prestasi murid-murid Zon Setiu Timur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment