Guru Pembina Negara Bangsa

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru kepada semua guru sekolah-sekolah Zon Setiu Timur dan juga pihak pengurusan sekolah-sekolah Zon Setiu Timur. Terima kasih cikgu.

Pertandingan Koakademik Peringkat Negeri

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat negeri Terengganu telah diadakan hari ini di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Setiu. Kategori pertandingan sekolah rendah adalah Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 Bahasa Melayu, Story Telling dan Public Speaking Bahasa Inggeris. Sementara sekolah menengah melibatkan satu kategori sahaja iaitu Public Speaking. Setiap daerah telah menghantar wakil masing-masing menyertai pertandingan ini yang bermula pada 11:00 pagi dan berakhir pada 1:00 tengahari.

Seorang peserta pertandingan Bercerita Tahap 1

Kem Murid Elit Zon Timur

Saturday, May 8, 2010

Sabtu 8 Mei 2010 - Kem Matematik untuk murid-murid sekolah-sekolah Zon Setiu Timur yang disasarkan untuk mendapat 5A dalam UPSR tahun ini , telah diadakan di SK Sungai Tong hari ini. Kem ini adalah kem pertama dari siri lapan kem yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini. Seramai 49 daripada 55 orang murid yang dipilih telah menyertai kem yang bermula 8:30 pagi dan berakhir 4:00 petang ini. Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dikendalikan oleh guru-guru matematik dari sekolah-sekolah Zon Timur.

Murid-murid tekun mendengar penerangan guru...

Peserta Kem menjamu selera ... makan tengahari