Pertandingan Koakademik Peringkat Zon

Tuesday, April 27, 2010


Pertandingan Koakademik peringkat Zon Setiu Timur telah diadakan pada 27 April 2010 bertempat di SK Kampung Jaya, Sungai Tong. Semua sekolah dalam Zon Setiu Timur telah menghantar perserta masing-masing dalam acara yang dipertandingkan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaimi bin Zakaria, Pegawai Khas Koakademik, PPD Setiu.

Kem UPSR Murid-Murid Target Zon Setiu Timur 2010

Sunday, April 25, 2010

Sebagai satu usaha untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tahun 6 sekolah-sekolah Zon Setiu Timur dalam UPSR 2010 ini, satu pendekatan telah dipersetujui untuk memberikan pengukuhan yang sebaik-baiknya kepada murid-murid yang berpotensi untuk mendapat 5A, memandangkan bahawa murid-murid Zon Timur ini juga berperanan penting dalam menjana keputusan yang baik untuk UPSR daerah Setiu. Antara program yang akan dilaksanakan adalah Kem Mata Pelajaran untuk murid-murid target. Sebanyak 8 siri kem akan diadakan sehingga bulan Ogos.

Kem pertama adalah untuk mata pelajaran Matematik dan akan diadakan pada 8 Mei 2010 bertempat di SK Sungai Tong, bermula jam 8:00 pagi dan berakhir 5:00 petang. Sekolah-sekolah zon Timur diminta menyerahkan senarai nama murid-murid target 5A sekolah masing-masing serta markah OTI 1 kepada Guru Besar SK Sungai Tong. Semoga usaha ini akan memberikan kesan berganda kepada prestasi murid-murid Zon Setiu Timur.

Pertandingan Koakademik Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur 2010

Pertandingan Koakademik sekolah-sekolah Zon Setiu Timur akan diadakan di SK Kampung Jaya pada 27 April 2010 bermula jam 09:00 pagi. Pertandingan ini akan melibatkan aktiviti Bercerita Bahasa Melayu serta Story Telling dan Public Speaking Bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah yang akan menyertai pertandingan ini diminta menghantar wakil masing-masing serta guru-guru yang akan menjadi hakim dalam pertandingan tersebut.

Terima kasih.

Salam Perkenalan


Assalamualaikum,

Alhamdulillah.
Semoga dengan adanya blog yang simple ini akan memudahkan kita untuk berhubung dan berkongsi maklumat serta berita-berita tentang perkembangan zon kita. Diharapkan kita akan dapat memanfaatkan blog ini untuk kegunaan profesional kita bersama.

Terima kasih & Happy blogging!

Haji Dagang Bin Hamzah
Pengerusi
Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur